REGISTER

Cemerlang ‘master’ CGPA 3.98, Syakirin Husnal Pelajar Terbaik Sekolah Perniagaan, buktikan #mommysiswa boleh!

CEMERLANG menamatkan pengajian peringkat master (sarjana), bekas pengacara rancangan Go Shop, Syakirin Husnal meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.98!

Dikenali ramai dengan kepetahannya mengendalikan rancangan televisyen membeli-belah dalam rumah, Syakirin yang merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) meluahkan kesyukuran.

 

 Terdahulu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia, Dong Yang Mirae University, Seoul, Korea Selatan, wanita itu menghela nafas lega apabila pengajian peringkat sarjananya yang dimulakan dua tahun lalu membuahkan hasil.

Tidak hanya meraih keputusan cemerlang, Syakirin dinobatkan Anugerah Pelajar Terbaik, Sekolah Perniagaan 2022!

Selesai konvokesyen baru-baru ini, Syakirin menyifatkan kejayaan yang diraihnya bukan sahaja bersandarkan kemahuan, tetapi kerja keras, dedikasi, disiplin diri dan kasih sayang daripada keluarga, rakan serta rakan-rakan.

MENGGELARKAN DIRINYA MOMMY SISWA, SYAKIRIN MENGENANG KEMBALI PERJALANAN SARJANANYA YANG BERLIKU. MALAH KETIKA MEMULAKAN PENGAJIAN PADA NOVEMBER 2020, BELIAU TIDAK MENGETAHUI DIRI SEDANG BERBADAN DUA.

 

Mengimbangi antara kerjaya dan peranan sebagai isteri serta ibu, finalis rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran On Air itu banyak berkorban masa.

“Segala puji bagi ALLAH atas kekuatan yang dikurniakan. Sempat bekerja, mengandung, bersalin, jaga anak, melakukan aktviviti esktra kurikulum, kerja luar dan menguruskan kempen pilihan raya.

“Semuanya semasa perjalanan Master of Business Administration (MBA) saya. Gila!

“Mereka bertanya bagaimana melakukannya. Alhamdulillah, saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Sudah tentu saya banyak berkorban. Pada kebanyakan masa saya mengorbankan waktu lapang.

“TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN SELAIN DAPAT MELIHAT HASIL JERIH PAYAH. IZINKAN SAYA MENIKMATI DAN MENGHAYATI DETIK INI BUAT SEKETIKA,” TITIP SYAKIRIN.

Kini bekerja di dalam sektor kerajaan, pengacara profesional itu berkata suami, Muhammad Faris Ariffin diibaratkan sebagai tulang belakang.

“Salah satu sebab saya berkahwin dengan lelaki ini adalah kerana dia memahami dan menyokong cita-cita dan kerjaya saya.

“Saya sentiasa mempunyai impian besar dan untuk mencapainya, saya perlu bergegas dan menyesuaikan diri dalam banyak perkara. Dan lelaki ini sentiasa menjadi sistem sokongan yang hebat,” tutur Syakirin.

Dalam pada itu, Syakirin atau nama sebenarnya Nur Syakirin Husnal Azhari mengenang kembali galakan sang suami dari permulaan perjalanan sarjana.

Wanita kelahiran Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur itu mengakui tanpa sokongan lelaki itu, keluarga dan rakan-rakan, cita-citanya tak mungkin dicapai.

“Masa saya beritahu niat hendak sambung belajar, dia terus hadiahkan saya kalkulator saintifik baru. Nerd, saya tahu.

“Bersama ahli keluarga yang lain, dia akan membantu saya menjaga anak-anak semasa kelas dan peperiksaan.

“Dia akan membantu menyemak tugasan saya sebelum dihantar terutamanya kertas Perakaunan, Teknik Kuantitatif dan Kewangan. Tetapi subjek lain #mommysiswa buat sendiri,” seloroh Syakirin.

Syakirin mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris pada 23 November 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Vea Khadija, 3, dan Liv Fatima, 17 bulan.

Hebat bukan kejayaan Syakirin? Biarpun sering kali muncul di kaca televisyen, si tinggi lampai ini berjaya menamatkan pengajian sarjana dengan cemerlang!

Moga kejayaannya meniupkan semangat buat wanita lain, #mommysiswa pun boleh!

Ads

STAY CONNECTED

15K Fans      LIKE

3,333 Followers     FOLLOW

3,410 Followers     FOLLOW

4193 followers      FOLLOW

1.95K Subscribers     SUBSCRIBE

181 Followers     FOLLOW

PARTNERS
&
SPONSORS

PARTNERS  &  SPONSORS

PLATINUM  SPONSOR

GOLD SPONSORS

SILVER SPONSORS

OTHER SPONSORS

Empowering Dreams

CONTACT

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
Wisma UNIRAZAK,
195A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
convo@unirazak.edu.my
+603 2730 7000
www.unirazak.edu.my

Copyright ©2023 UNIRAZAK. All rights reserved

menu