
Published by utusanborneo.com.my

TAHNIAH: Salah seorang graduan yang menerima segulung ijazah pada majlis tersebut.

BERKAT KETEKUNAN: Khairunisa Rosli sempat bergambar kenangan dengan ahli keluarga di depan dewan.

SABAR: Para graduan sedang berkumpulan di hadapan Dewan Wisma Perwira ATM sementara menunggu kehadiran jemputan khas.
TANGGAL 2 Disember lalu, hari yang bersejarah bagi seramai 1018 graduan Universiti Tun Abdul Razak Kuala Lumpur. Pada tarikh keramat inilah mereka diraikan penuh gilang-gemilang serta berwarna-warni sempena Majlis Konvokesyen Ke-18 bagi Universiti Tun Abdul Razak yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Pewira Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran dif-dif kenamaan serta ibu bapa dan jemputan lainnya.
Majlis konvokesyen dirasmikan oleh Tun Dr Ahmad Salji iaitu Cancelor Universiti Tun Abdul Razak.
Pada majlis berkenaan saya berkesempatan menemu bual seorang ibu salah seorang graduan, yang merupakan seorang ibu tunggal iaitu Dayang Hariah Abang Dai dari Sarawak.
Dayang Hariah yang mempunyai dua anak mampu menyara serta membiayai anak bongsunya Khairunisa Rosli hingga berjaya memperolehi segulung ijazah dalam Bidang Sarjana Muda Pentadbiran Perusahaan Awam (Islamic Banking And Finance).
Majlis gilang-gemilang tersebut diakhiri dengan beberapa persembahan kebudayaan rakyat pelbagai kaum di Malaysia dan juga dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan.
Copyright ©2024 UNIRAZAK. All rights reserved
PLATINUM SPONSOR

















