REGISTER

REGISTER

Registration for Class 2025 is Now Open!
Register Today!

Mikhail Aimran tamat pengajian dengan cemerlang di UNIRAZAK! 'Tahniah anakku sayang' - Vanidah Imran

ROSHLAWATY MD RAIEH

Vanidah dan keluarganya sama-sama meraikan kejayaan Mikhail Aimran yang tamat pengajian dengan cemerlang di UniRazak.

"Awak telah memenuhi hati saya dengan kegembiraan dan kebanggaan yang luar biasa. Semoga pencapaian ini menjadi permulaan dan didoakan rahmat ALLAH sentiasa mengiringi setiap langkah. Tahniah anakku sayang."

Demikian catatan indah pelakon hebat, Vanidah Imran tentang anak lelakinya, Mikhail Aimran Rashidi Ishak yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

 

Hantaran yang dimuat naik di Instagramnya pada Ahad, telah mendapat lebih 2,000 tanda suka dan turut menerima puluhan komen daripada rakan artis dan pengikut Instagram Vanidah.

norynaziz: Congratulations Mikhail

cikgusitihajar: Masya-ALLAH tabarakallah. Alhamdulillah...tahniah Vanidah Imran dan anakanda. Lama betul kita tak jumpa ya. Semoga sentiasa dirahmati ALLAH.

tonyeusoff: Congrats young man

shieraijoy: Yayyy, congrats

serenelyscorpio: Congrats Mika and Vee!

 

Sementara itu, kejayaan Mikhail Aimran dalam pengajian turut diraikan bapa tiri, Arifabillah Idris dan dua adik perempuan antaranya Maryam Rashika.

Ia dibuktikan menerusi paparan video oleh Vanidah sendiri dalam media sosial tersebut.

Untuk rekod, Vanidah merupakan graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya.

Katanya, pergelutan (pengajian) itu bukan calang-calang.

"Ia tak mudah langsung tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.

"Saya dan mereka berjanji, walau apa jua cabaran, kami perlu menamatkan pengajian sarjana ini.

"Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain," ujar Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 yang sebelum ini pernah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

 

PARTNERS
&
SPONSORS

PARTNERS  &  SPONSORS

GOING GLOBAL

CONTACT

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
Wisma UNIRAZAK,
195A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
convo@unirazak.edu.my
+603 2730 7000
www.unirazak.edu.my

Copyright ©2024 UNIRAZAK. All rights reserved

PLATINUM  SPONSOR

GOLD SPONSORS

SILVER SPONSORS

OTHER SPONSORS

menu